Friday, 14 October 2016

lirik lagu bayangan gurauan


Lirik Lagu Bayangan Gurauan – Mega


Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan
Bayangan gurauan

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Melambai dan terus menyepi

Jangan biarkan ku ternanti-nanti
Usah benarkan masa berlalu pergi
Cintamu oh! gadis misteri
Adakah kekal dan abadi

Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu

Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali
(Belum puas ku temui)

lirik doa perpisahan

Doa Perpisahan

Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadrat Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

Tuesday, 11 October 2016

Saidatina Fatimah Al-Zahra

Saidatina Fatimah al-Zahrah (RA) (disebut Fatimah az-Zahra) ialah puteri bongsu yang mulia Rasulullah SAW, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.
Siti Fatimah al-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir iaitu tahun kelima sebelum Nabi SAW menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.
Siti Fatimah puteri kesayangan Nabi Muhammad mendapat gelaran al-Sidiqah (wanita terpercaya), al-Thahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diBerkati Allah) dan gelaran yang paling sering disebutkan, Fatimah al-Zahrah (bunga yang mekar semerbak).
Beliau juga digelari al-Batul, iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab.
Fatimah lebih muda daripada Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Uthman bin Affan. Juga, beliau lebih muda daripada Ummu Kalsum.
Siti Fatimah al-Zahrah menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi sedang sujud, menyembah Allah SWT; dengan tangisan kesedihannya Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.
Rasulullah pernah berkata, "Fatimah sebahagian daripada ku, dan barang siapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku."
Rasulullah pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah kepada Salman Al-Farisi. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan."Al-Hassan menuturkan: "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."
Sebagai pendamping hidup Imam Ali RA, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh bertanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status quo yang merampas kekhalifahan Saidina Ali dan pencerobohan ke atas tanahnya.
Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Saidina Ali berasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."

Monday, 10 October 2016

Cerpen : 100 sms Cinta

         100 SMS CINTA

Assalamualaikum, apa khabar? Saya harap awak sihat? Dah lama tak dengar khabar awak. Saya masih di Penang. Tapi bila saya balik ke KL, saya harap dapat jumpa awak.
Aku terkebil- kebil, membaca sms itu berkali- kali dan cuba mengingati nombor telefon itu. Salah nombor agaknya? Biarlah. Telefon aku letakkan ke tepi dan aku kembali teruskan kerja. Adalah normal untuk menerima sms yang tersilap hantar sebegini, jadi aku tidak perlu fikir terlalu banyak, kan? Jika sekali ialah kebetulan, bagaimana jika dua kali?
Assalamualaikum. Saya dah kembali ke KL. Saya tahu awak tak akan balas sms saya tapi saya tak akan putus asa.
Sudah tahu tidak akan dibalas kenapa masih beria- ia menghantar? Barangkali si penghantar tidak tahu dia tersalah nombor. Patutkah aku membalas kembali untuk memaklumkan hal sebenar? Tetapi bagaimana jika dia seorang penipu? Salah satu peraturan penting dalam mengelakkan spam atau sebarang penipuan berkaitan siber atau telekomunikasi ialah tidak membalas balik email atau sms yang diterima dari alamat email atau nombor yang tidak dikenali. Ini untuk mengelakkan dari memberi pengesahan kepada si penghantar yang mungkin berniat jahat yang email atau sms yang digunakannya ialah tepat dan aktif. Jadi sms itu juga aku abaikan. Tetapi sms itu tidak berhenti. Setiap hari aku akan terima satu atau lebih sms daripadanya.
Assalamualaikum, saya jumpa tempat makan menarik hari ini. Mungkin lain kali kita boleh makan bersama.
Assalamualaikum, kucing saya yang comel telah melahirkan empat ekor anak kucing. Semua comel- comel! 😀
Assalamualaikum, saya akan ke JB esok. Mungkin dua tiga hari baru boleh balik.
Assalamualaikum, saya ada belikan cenderahati di JB untuk awak. Kalau kita ketemu, saya akan hadiahkan kepada awak.
Assalamualaikum, saya dah balik ke ibu kota. Esok mula kerja balik. Wah! Malas!
Assalamualaikum, ingat lagi anak- anak kucing saya yang comel itu. Dua daripadanya telah mati. Sedihnya T-T
Assalamualaikum, awak tahu, hari ini saya terlanggar tiang semasa balik makan tengahari. Malunya! Ramai orang yang ada pula tu! Esok maybe mc sebab malu.
Assalamualaikum, hari ini saya pergi kerja juga. Awak tahu apa yang kelakar? Tak ada seorang pun ungkit hal semalam. Hmm, memang saya tak glamour~
Pendek kata. ada saja yang ingin diceritakannya. Aku sampaikan boleh tahu dia ke mana, buat apa, kucing- kucingnya yang bernama Olive, Popeye dan Bruno dan hobinya ialah membaca . Aku juga kini tahu yang dia seorang lelaki berusia 31 tahun, bekerja sebagai doktor kanak- kanak di sebuah hospital di ibu kota dan ibu bapanya menetap di Perak. Kadang- kadang, bila tak ada idea, dia akan cerita pasal cuaca. Kadang- kadang aku ketawa dengan smsnya yang kelakar.Aku tertanya- tanya sama ada nombor ini milik seseorang yang dia kenali. Mungkin bekas kekasihnya? Lagipun aku baru menggunakan nombor ini tidak sampai setahun. Barangkali pemilik sebelum ialah seseorang yang amat penting di hatinya.Aku teringin untuk memberitahunya yang aku tidak kenal dia tetapi aku seperti takut dia akan berhenti menghantar sms selepas itu. Entah kenapa, aku tertunggu- tunggu sms daripadanya. Tapi, patutkah aku terus buat begitu? Setiap kali menerima sms daripadanya, terselit rasa bersalah kerana terus menggalakkan dia dengan membuatkan dia berharap yang smsnya sampai kepada orang yang betul.
Assalamualaikum, saya dapat anugerah doktor paling cute dari pesakit- pesakit saya yang lebih cute. Buat saya tersenyum sepanjang hari.
Aku teringin untuk mengucapkan tahniah. Paling penting, aku teringin untuk melihat wajahnya yang dikatakan comel itu.
Assalamualaikum, Olive dah mati. Sedihnya.
Aku teringat dia pernah cerita yang dia sangat sayangkan Olive sebab dia pelihara Olive sejak Olive masih bayi. Kalaulah aku dapat beritahu dia yang aku rasa simpati.
Assalamualaikum, saya teringin nak jumpa awak. Tapi saya tahu, awak mesti tak nak jumpa saya.
Itu ialah sms yang ke 100.
 Apa yang dia tidak tahu, aku juga teringin untuk berjumpa dengannya. Aku teringin untuk melihat wajahnya dan meminta maaf. Jadi aku minta pulang lebih awal hari ini. Destinasiku, aku ke hospital di mana dia bekerja. Kalau dulu aku terfikir dia mungkin berniat jahat. Tapi difikirkan balik sekarang, siapa yang sanggup menghantar 100 sms kepada seseorang yang tidak membalas setiap hari. Aku bukannya kaya atau terlalu cantik untuk diberi perhatian sebegitu. Sebab itulah aku mengambil keputusan untuk bertemu dia.Ketika aku sampai, kawasan hospital penuh dengan pelawat. Aku melabuhkan punggung di kafeteria dan mendail nombornya selepas berfikir seketika. Dadaku berdebar- debar menunggu dia menjawab. Selepas lama berdering, barulah dia menjawab. Dia tidak menjangka aku akan menelefon satu hari nanti?
“Assalamualaikum,” suara yang dalam menjawab.
“Waalaikumsalam,” jawabku perlahan, menunggu reaksinya. Mana tahu dia mengharap suara yang dikenalinya menjawab.Kami berdua membisu seketika. Aku tidak tahu apa yang dia fikir tetapi jantungku bagai hendak tercabut. Akhirnya aku memilih untuk memecah kesunyian.
“Boleh saya jumpa awak?”Dia seperti menghela nafas.
“Awak di mana?”
“Di kafeteria hospital awak.” Selepas beberapa saat yang agak panjang dalam hidupku.
“Tolong tunggu di situ sekejap, saya akan segera ke sana.”
 Aku memberitahunya tempat dudukku dan warna tudung dan bajuku. Kemudian, aku menunggu hampir lima minit. Sepanjang menunggu, pelbagai perkara bermain di mindaku. Dia akan marahkan aku? Dia tidak akan menghantar sms lagi dan mengaku yang selama ini dia tersilap hantar? Aku akan sedih jika itu yang dia akan lakukan tetapi aku mesti menerima keputusan dia.
“Assalamualaikum.”
 Aku mendongak, memandang seseorang jejaka kacak yang berkot putih doktor. Jadi si tampan inilah yang asyik menghantar sms kepadaku? Betulkah? Cair!!!Aku berdehem perlahan.
“Waalaikumsalam,
 duduklah.” Dia mengambil tempat di depanku.
“Awak nak jumpa saya?”
“Ya, saya nak jelaskan sesuatu kepada awak.” Aku mengeluarkan telefon dari beg dan membuka sms- sms yang dia hantar kepadaku. Dia melihat skrin sebelum merenungku.
“Selama ni awak tersilap nombor,”kataku.
“Oh,” Sepatah dia menjawab. Oh saja? Aku bagaikan hendak sakit jantung kerana terlalu cemas, dia cuma jawab oh?
“Jadi saya nak minta maaf sebab tak beritahu awak hal sebenar.” Aku diam selepas itu, menunggu jika dia ingin marah aku. Tetapi reaksinya selepas itu mengejutkan dia. Dia tergelak kecil.
“Saya tak tersilap hantar.”
“Huh? Saya tak kenal awak pun!” spontan aku menjawab. Dia tersenyum.
“Nampaknya awak dah lupakan saya.”
 Aku kenal dia. Biar betul?
“Sepuluh tahun lepas, saya pernah ke rumah awak. Masa tu awak baru 14 tahun tapi saya dah jatuh cinta pada awak. Tetapi sebab awak masih muda, saya pendamkan perasaan saya. Saya tunggu 10 tahun untuk mula menegur awak,” jelasnya.
“Awak pernah ke rumah saya?” aku mengerut dahi. Ini cerita 10 tahun yang lalu, kalau betul pun tak mungkin aku ingat.
“Saya Rayyan, kawan baik abang awak, Naufal. Saya pernah ke rumah awak sebelum saya sambung pengajian ke luar negara. Nombor awak ni pun saya dapat dari dia. Saya dah minta kebenaran dia pun,” jelasnya lagi.Rayyan?
 Aku macam pernah ingat seorang pemuda yang mempunyai nama itu ke rumahku. Dia memang comel tapi aku beri perhatian sangat sebab pertemuan kami terlalu singkat. Tapi kalau tak silap aku, kami berjumpa tak sampai satu jam pun. Dalam tempoh itu dia jatuh cinta kepadaku? Wah, susah nak percaya! 10 tahun pula tu!
“Habis kenapa tunggu 10 tahun?” soalku. Dia merenung meja.
“Saya takut awak tak terima saya. Mana tahu awak dah ada orang lain. Beberapa kali saya nak cuba hubungi awak tapi… Naufal tahu perasaan saya pada awak. Dia yang beritahu saya awak masih tak ada sesiapa. Sebab tu lah saya beranikan diri untuk cuba.” Aku tidak dapat menahan diri dari mengukir senyum. 
Orang sekacak ini pun takut aku tidak akan membalas smsnya. Segalanya sukar untuk dipercayai.
“Sebab tu awak hantar sms macam- macam setiap hari?”
“Saya nak awak kenali saya secara perlahan- lahan. Sebab tu lah saya hantar macam- macam sms setiap hari. Biar awak kenal saya. Saya tak nak terus menyesal, sebab tu lah saya nak mencuba juga. Selain tu saya tak tahu nak cakap apa sebenarnya, jadi saya cuba sajalah,”
 muncung dia menjawab pada ayat terakhir itu. Comel pula aku tengok.Patutkah aku beritahu dia yang aku juga telah jatuh cinta padanya? Hmm, biarlah. Tunggu dulu. Biar dua tiga bulan nanti, aku beri kejutan kepada dia.
“Boleh…saya terus sms awak?”
 tanya Rayyan perlahan.Aku tersenyum.
“Boleh. Dan saya tak kisah kalau awak nak telefon. Lebih senang kita berbual.” Senyumannya yang sangat manis sebagai respon selepas itu membuatkan jantungku berdegup kencang. Ai, aku benar- benar dah jatuh cinta pada dia!

perempuan:                           
Lelaki         :                           



Tips untuk anak-anak dan Doa untuk anak menjadi cerdik dan mendengar kata

  Tips untuk anak-anak dan Doa untuk anak menjadi                                       cerdik dan mendengar kata 

a) Baca Surah Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali) 


SURAH FATIHAH
 Ayat kursi

               
  Surah al-Insyirah

Surah Toha



Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.
atau  Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.


ayat jiwang lucu

1)Senyuman awak macam , mata awak macam , suara awak merdu macam ♬♪♫, bila saya nampak awak saya rasa berada di , disitu terbentuknya

2)Jadilah Sekuntum Mawar Berduri yang Cantik dipandang,
Namun, Sukar dicapai disebabkan duri yang mencucuk jari si pemetik.:)

3)"Putih tak bermakna cantik, hitam tak bererti kotor kerana putihnya kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yg hitam itu menyenangkan"

4)Cintα Pαling Sweet Bilα Sαling Memαhαmi Sαtu Sαmα Lαin . Bilα Bergαduh Adα Yαng Mengαlαh. Bilα Merαjuk Adα Yαng Pujuk .Betul Tak ?

5)Lebih baik cakap "Aku handsome" dari "Aku tak handsome", sebab perkataan tu ibarat awak menghina ciptaan Allah. So, pujilah diri sendiri xD

6)Jodoh dengan pasangan impian BELUM TENTU DATANG..tetapi jodoh dengan KEMATIAN, KUBUR, AKHIRAT pasti akan datang walaupun tidak diundang. :)

7)Kalau lelaki cuba nk sentuh anda perempuan. Anda cuba penalti kat telor dia sekali. InsyaAllah, besok dia takkan muncul depan muka awk lagi.

8)Couple Yang Awesome : Cakap macam kawan → Bergurau seperti kanak-kanak → Bergurau macam suami isteri → Saling melindungi macam adik beradik.

9)KalauSayaJadi bulan awak jadi bintangnya .Kalau saya jadi pintu tandas awak jadi jambannya .Kalau saya jadi punggung awak jadi tahinyaa .

10)Klau awk nangis,saya lapkan air mata awk. Klau awk luka, saya ubatkan luka awk. Tapi bila saya tak ada, awk doakan saya selamat disana k :')

11)Lelaki yang Sweet/Awesome/Romantik ialah lelaki yang bercouple tapi tak pernah menyentuh pun girlfriend dia kerana dia menghormatinya :)

12)Girl: ''You jangan nak mengada ngada usha usha perempuan lain yee''
Boy: ''Sayang, I just nak menghayati ciptaaan ciptaan tuhan.''
Girl:"BREAK"

13)Isteri : Sayang jom tidur? Suami : Pergilah tidur dulu Isteri : *muka monyok* Suami : *cium dahi isteri* *angkat isteri* Alolo, jom jom :)
*SweeT

14)Bila buat simbol :") ,maknanya dia menangis dalam hati. Paling merajuk bila dia tulis "K"

15)Boy : Rumah awak ada pelampung tak ? Girl : Ada . Boy : Ouh.k Girl :kenapa ? Boy : Saya takut awak akan tenggelam ke dalam hati orang lain.

16)Lelaki kacak jika pakai songkok tapi lagi kacak jika jadi IMAM . Perempuan comel bertudung tapi lagi comel yang pakai telekong jadi MAKMUM.

17)Perempuan cepat menangis , cepat terasa , kuat merajuk , cepat cemburu . Bukan sebab mengada tapi Allah cipta hati mereka lemah dan lembut

18)Kalau nak tahu orang tu sayang kita ke tak , dia mesti akan risau kalau kita reply text lambat walaupun baru 5 minit.

19)BF : *kacau GF buat homework*
GF: 'Jgn kacau kita lah!'
BF: 'Kalau nak jugak?'
GF: 'Eiiiii!'
BF: *tarik hidung
GF* 'Awak comel'
GF: *senyum*

20)Jangan malu untuk mengajak perempuan bernikah , tapi malulah apabila mengajak perempuan untuk bercinta tanpa nikah .


21) Jika air adalah ciuman, aku akan kirimkan lautan. Jika pelukan adalah daun, aku akan kirimkan pohon. Jika cinta itu abadi, ku tawarkan keabadian cintaku padamu.

22) Ku tulis nama mu di langit, angin meniupnya. Ku tulis nama mu di laut, badai membawanya. Ku tuliskan nama mu di hatiku, cinta namanya.

23) Ada 12 bulan dalam setahun, 30 hari dalam sebulan, 7 hari dalam seminggu, 60 detik dalam 1 jam. Tapi hanya ada kamu seorang dalam hidup ku.

24) Hanya ada 2 alasan aku bangun setiap pagi, alam ku dan kamu..!

25) Dalam benak orang bijak ada idea, soludi dan alasan. Dalam benak para ahli ada formula kimia, teori dan rumus. Di dalam benak ku hanya ada kamu..!

26) Aku pernah berfikir, aku tak akan bisa mewujudkan impian ku. Tapi fikiran ku sekejap hilang sejak ku melihat mu.

27) Kata dimulai dengan ABC, Angka dimulai dengan 123, Lagu dimulai dengan do re mi, Cinta dimulai dengan aku dan kamu.

28) Ada samudera di lautan, ada hutan di pergunungan, semuanya ku seberangi demi cinta ku pada mu, sudahkah kamu menerimanya..?

29) Saat ku kirimkan sms ini aku kehabisan kata-kata. Kehabisan beterai, Kehabisan pulsa, Tapi cinta ku ini tak kan pernah habis untuk kamu.

30) Sherlock Homles itu idiot..! Graham Bell itu bodoh..! Yang satu detektif, yang satu penemu telefon. Tapi tak seorang pun yang menemukan mu selain aku. Aku Genius yea..!

31) Ah aku lupa nama mu, boleh aku memanggil mu milik ku..? Dan kamu juga lupa nama ku :( Kamu juga boleh memanggil aku milikmu..

32) Cinta itu ada 4 langkah… 1 aku, 2 kamu, 3 kita dan 4 cinta.

33) Aku mencintai mu! Jika kamu benci aku, panah saja aku. Tapi jangan di hati ku yea.. sebab di hati ku ada kamu.

34) Ku minta mawar diberi-Nya taman. Ku minta setitis air diberi-Nya lautan. Ku minta malaikat, diberi-Nya kamu.

35) Hei kamu! kamu pasti pencuri karena kamu mencuri hatiku. kamu pasti lelah karena kamu selalu berlari di fikiran ku. Tapi aku kangen kamu.

36) Kenapa sih kamu nggak SMS-in aku… a. sibuk, b. lagi nyetir, c. lupa. d. kamu pengen aku kangenin kamu yea..?

37) Malaikat bertanya kepada ku, kenapa kamu mencintai dia..? Aku menjawabnya, karena tiada alasan untuk aku tidak mencintai dia.

38) Aku dan kamu itu malaikat yang satu sayap. Jadi kalau kamu nggak bisa terbang, boleh nggak sih aku menemani kamu?

39) Boleh nggak sih aku bilang aku cinta kamu hari ini? kalau esok gimana? besok lusa? besok besok lusa? gimana kalau selamanya?

40) Kamu bilang Hi!. Aku diam saja. Kamu tersenyum, aku buat muka. kamu bilang cinta, aku nggak suka. Tapi kalau kamu bilang selamat tinggal, aku kehilangan.

41) Sahabat itu manis kalau baru, Lebih manis kalau jadi cinta. Tapi yang paling manis itu adalah kamu.

42) Kalau kamu sedih nanti, telefon aku yea. Aku nggak janji bikin kamu ketawa. Tapi aku janji akan menangis bersama kamu.

43) Saat melihat mu, aku takut menyentuh mu. Saat menyentuh mu, aku takut mencium mu. Saat mencium mu, aku takut mencintaimu. Saat mencintai mu, aku takut kehilangan mu.

44) Andai aku jadi bantal, biar kau bersandar. Andai aku jadi tempat tidur, biar kau berbaring. Andai aku jadi selimut, akan ku peluk kamu dengan erat.

45) Alasan kenapa aku kangen kamu : karena kamu manis, kamu baik, kamu cakep deh, dan kamu belum SMS-in aku..!

46)Bersandarlah dipundakku sampai kau nyaman..sudah keharusan bagiku tuk buat kau nyaman.

47)Jangan pernah kamu sembunyikan jika punya masalah, sekecil apapun ceritakanlah padaku. Masalahmu masalahku juga kan sayang? :')

48)Saat jarak memisahkan, satu yang perlu kau percayai dariku, kan ku jaga cinta ini hanya untukmu

49)You never know what you have until you lost it, and something that has been lost, it would be difficult to get back to you.



50)Dari jauh aku mendo'akanmu, do'a yang bukan sekedar kata-kata, melainkan sesuatu yang air matapun tak sanggup menterjemahnya.


51)Awk..
Saya tak harap awak RINDU dekat saya...
Tapi saya harap awak tak LUPAkan saya...

Kerana saya tak pernah belajar untuk melupakan awak...

51)Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

52)Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!


53)Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

54)CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

53)Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

54)Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

55)Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

56)Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

57)Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

58)Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

59)Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

60)Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

61)Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….


62)Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

ayat kursi dan terjemahan


Bacaan Ayat Kursi dalam Bahasa Indonesia

ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM. 

Terjemahan Ayat Kursi 

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)